Wednesday, March 16, 2011

SErius aku ngantuk

Sejak Ahad lepas aku memang dah rasa tak sihat. Budak 2 org tu dah start demam demam 3 hari sebelum tu lagi. Biasala budak2 kalau tak sihat sure meragam n malam je sure asyik terjaga. tak selesa badan panas. Aku ni pulak mungkin dengan rehat and tido yg tak cukup maka aku pun tejerumus ke kancah masalah kesihatan nih.
Start isnin aritu aku dah start sakit tekak, batuk and selsema. sampai ler ni dah 4 hari still tak reda2 lagi. Bila masuk opis pulak, aircond punya la kuat. Sejuk macam duduk kat tundra hehhe macam la aku penah dok situ. Tapi gambaran sejuk tu camtu la untuk tahap2 aku yg dok kat malaysia ni. kene pulak makan ubat selsema n batuk perghhh apa lagi tekuap-kuap cam badak ngantuk. Bila ngantuk ni bahaya, mula la karangan surat menyurat jadi mengarut n kira2 jadi kelam kabut. Kalau masuk meeting sure kaput terus.
Malam ni dah la aku nak pegi Terengganu pulak. Harap2 selsema tak teruk sangat. Nanti camne aku nak diving esok pagi pulak?kan?kan?kan?ooohhh pulau redang...... xoxoxoxoxo
Hopefully aku fit untuk diving esok pagi.
Amin....

No comments: