Monday, July 20, 2009

SAYANG

Aku juga punya CINTAKU, RASAKU dan JIWAKU seperti kamu.
Cuma aku tidak pandai meluahkan dengan kata-kata.
Aku sedar itulah kelemahanku sejak azali lagi.
Aku tidak mengharapkan apa-apa balasan cuma kesetiaan dan kesabaran kamu bersama-sama denganku.
Selama yang aku lakukan ini adalah ikhlas dan kerana Allah SWT.
Aku sentiasa berdoa agar sentiasa dosa-dosaku diampunkan, hidupku diberi petunjuk, jodohku dikekalkan, rezekiku diluaskan, matiku didalam iman, kesejahteraan hidupku, keluargaku di dunia dan diakhirat dan semoga segala amalanku diterima olehNya.
Semoga dugaan ini dapat diharungi dengan kesabaran oleh kita semua.
Kita hanya mampu merancang dan berusaha tetapi Allah yang menentukan segalanya.

No comments: