Wednesday, June 04, 2008

AWAK NI LUCULAH!

PM gesa bendung kenaikan harga barang

PUTRAJAYA 4 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan ekoran langkah menaikkan harga petrol dan diesel berkuat kuasa esok.

Sambil meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, Perdana Menteri menegaskan, bantuan orang ramai itu amat diperlukan bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara lebih berkesan.

“Langkah berjimat ini bukan untuk kita menjadi kedekut, tetapi jangan sampai berlaku pembaziran. Kita mesti kurangkan pembaziran dalam apa jua perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini.

Beliau menambah: “Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat.”

Menurut Abdullah, kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak dibebani kenaikan kos bahan api dan makanan.

Beliau menjelaskan, harga bahan api dan komoditi di peringkat global yang meningkat secara drastik menyebabkan struktur subsidi minyak sedia ada di Malaysia tidak lagi relevan dengan pasaran.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sentiasa berusaha menolong rakyat tetapi dalam keadaan yang berlaku sekarang (harga minyak dunia meningkat sehingga AS$135 setong), inilah cara yang sebaik-baiknya,” ujar Perdana Menteri.

Tegasnya: “Bila masa susah kita kenalah sama-sama susah, bila masa senang kita sentiasa saling membantu.”

Abdullah memberitahu, langkah penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan hari ini tidak bermakna kerajaan telah menarik subsidi minyak sepenuhnya.

“Subsidi masih diberikan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban rakyat. Malah, kita masih memastikan harga bahan api di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini,” katanya.


Tak tau lah apa nak jadi kat Malaysia ni.
Asyik-asyik ubah gaya hidup. Tapi orang2 awak tak berubah pulak gaya hidupnya :)
Pantau harga barang? yalah u get the minister to go to pasar take picture with ayam, ikan, sayur, published pic in news paper then said "kita akan mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya."
Tapi akhirnya takde apa2 pun. Cakap kosong saja.
Ubahlah cara kerja orang2 anda tu. Ooo ye ubah la juga gaya hidup hiburan tu.
Sikit-sikit berhibur buat konsert sana sini buat habis duit tax payer.
oooh one more hantar PATI tu sume balik je negara dieorang.
Buat apa habis duit bagi dieorang2 tu makan minum tido best2?
Baik bagi kat rakyat sendiri yang susah2 tu.
Ubah la gaya belanja yg tak tentu arah tu.
Please be wise for once.